WEBINAR NADI NURTURE - Ekelas USAHAWAN

14 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mac 2025 yang lalu, telah diadakan Webinar NADI Nurture iaitu eKelas Usahawan. Webinar tersebut telah dihadiri seramai 3 orang peserta. Webinar NADI Nurture ini merupakan sebuah program eksklusif untuk membantu peserta menguasai pemasaran digital dan meningkatkan pendapatan peserta secara efektif. Selain itu, dalam webinar tersebut pihak pengurusan telah berkongsi bagaimana Strategi Pemasaran Digital supaya para usahawan dapat mempromosikan perniagaan mereka dalam talian dengan berkesan. Seterusnya, merek berkongsi teknik fotografi dan visual branding untuk menghasilkan produk yang menarik pelanggan untuk membeli. Disamping itu, Copywriting dan Storytelling untuk menulis ayat jualan yang memukau pelanggan.

Akhir sekali, mereka belajar cara bagaimana untuk merancang dan mengukur impak perniagaan supaya peserta dapat memahami cara menganalisis prestasi dan strategi perniagaan digital usahawan. Dengan adanya webinar seperti berikut, mereka mendapat ilmu dan dapat menguasai pemasaran secara digital serta dapat meningkatkan peningkatan pendapatan perniagaan secara efektif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali